Mr. and Mrs. Tasmee

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

Saturday, December 13, 2014

Thursday, May 8, 2014

KANGAR - PHUKET - KRABI - HATYAI - KANGAR

Assalamualaikum......
 
Fuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuhhhhhh buang sawang ni memang tak larat hehehe..
 
Alhamdulillah kami sekeluarga selamat dalam perjalanan sepanjang short trip ke Thailand dengan rakan-rakan sepejabat. Ambik kesempatan cuti hari buruh katanya.
 
Serba sedikit berkenaan trip kali ni -
1. Naik bas dengan Laila (memang laa mencabar)
2. Perjalanan termasuk berhenti mengambil masa 15 jam (omakaih)
3. First trip dengan En Peronda keluar Negara
 
Untuk trip kali ni kami spend dua malam di Tiger Complex Hotel di Phuket. Hotel dia memuaskan cuma first night kami sampai bekalan elektrik terputus. Jadi lambat masuk bilik hotel dan laila jadi mangsa gigitan nyamuk.
 
Dekat Phuket, kitaorg melawat Promthep (Tempat matahari terbenam), gem gallery, t-shirt factory (tempat menghabiskan duit En Peronda hahaha), kilang gajus  dan bee farm (Laila takut tengok bee kat sini).
 
Malam pulak kitaorg jalan di Bangla Road. Ok ini part yang scary.....sebab kitaorg rasa tak sesuai nak bawak laila tengok pemandangan sekitar Phuket pada waktu malam. Last2 singgah makan kat kedai kebab then balik hotel.
 
Hari ke-3 berangkat ke Krabi. Baru laa sampai acara yang ditunggu2 Laila..... Mandi laut. Island hoping memang kitaorg punya hobi so kali ni memang tak lepaskan peluang laa di Krabi Kitaorg melawat 4 pulau (termasuk snorkelling) dengan bayaran 800THB. Memandangkan pantai dia cantik so kitaorg ingat lepas ni nak repeat la....hehehe. Kat Krabi kitaorg  stay kat Thai Hotel di Bandar Krabi. Hotel is aroun 2 star tapi boleh la untuk semalam. Susah nak dapatkan air panas. Kalau tak kerana pemandu pelancong tolong memang tak dapat laa sampai balik.
 
Bertolak balik pada hari ke-4 jam 8.00 pagi Malaysia. Sempat lagi singgah Hatyai untuk shopping. Ni memang habuan Laila laa sebab dapat beli baju Minnie 3 pasang. Mak ayah dia memang tak beli apa2 kat sini. Sampai di check point Padang Besar dalam jam 9.00 malam. So this is the end of our trip huhuhu......


 
 
Laila dalam bas....sibuk nak makan jer kerja nya
 
 
Perkampungan Islam di atas air....

 

 
En Peronda with the famous James Bond Island


 
Sekali sekala selfie with En Peronda


 
Gem Gallery in Phuket
 
 
 
 
Tuk Tuk Trip



 
Island Hoping in Krabi (Laila's Favourite)


 Some tips:
1. Sebab travel dengan anak kecil, so kitaorg memang spare jajan (not chocolate....nanti sugar rush) dengan ipad for laila. At least she can play game dan tengok Upin Ipin dalam perjalanan
2. Tengok betul2 logo halal sebelum kita membeli makanan. Jangan risau, sepanjang perjalanan banyak kedai Islam yang menawarkan makanan halal.
3. Tawar. tawar. tawar. Kalau beli dekat market (bukan supermarket ya) sila laaa tawar....
4. Language barrier.... nak tak nak kena cakap dengan apa cara sekali pun supaya diaorg faham apa yang kita maksudkan especially bab order makan. Kalau tak makan jer apa yang kedai hidangkan hehehe.....
5. Survey the package..... kitaorg dapat harga yang memuaskan sebab pakai pemandu pelancong tempatan
6. Kami sekeluarga tak makan sarapan di hotel tapi kitaorg bawak makanan daripada Malaysia. Kalau boleh carilah hotel yang menawarkan makanan halal senang...kitaorg punya hotel memang tak so kami lagi senang makan makanan yang kami bawak




Thursday, December 26, 2013

Wednesday.....



,

Laila yang menemani ibu dikala 12.00 pagi di pejabat

2013...Recap

Assalamualaikum,

Dah lama rasanya tak post dekat blog ni...actually dah rindu nak berblog tapi sekarang banyak dekat facebook ja.

Hari ni 26 Disember 2013 rasa macam recap all the event in tahun 2013 supaya next year akan bertambah baik cara menjalani hidup seharian..... 

Februari 2013 - Ulang tahun perkahwinan dengan en peronda. It has been 4 years since 2009. Terlalu banyak rintangan dan halangan untuk kita tapi sayang doakan rumah tangga kita kekal utuh sehingga hujung nyawa

Mei 2013 -  
  • PRU 13. Mengundi dan mengharapkan perubahan kepada negara. 
  • Cuti - cuti di Sabah dgn en peronda dan little Laila. Percutian kali ni memang best since this is the first honeymoon dengan Laila. She likes beach mcm ibu jugak.....
Jun 2013 - Kawan2 daripada lantikan 2010 ke DPA. Expecting to miss most of the friends yang sama-sama masuk ke pejabat ni dulu

Ogos 2013 - Hari Raya Aildilfitri....Alhamdulillah masih diberikan kesempatan untuk menunaikan ibadah puasa pada tahun ini 1434h

Oktober 2013 - Berkesempatan untuk menunaikan korban untuk little Laila untuk kali kedua (ada lagi 5 kali untuk cukupkan 7 bahagian)

November 2013 - My MIL dipanggil untuk menghadap Ilahi. Doa anak mu dan cucu mu sentiasa bersama mu. Semoga Allah menempatkan roh ibu mertua ku, Salamh binti Abdullah, dikalangan orang yang beriman

Disember 2013
  •  Atuk (Melaka) meninggal dunia.....kehilangan seorang yang disayangi daripada keluarga arwah mak
  • Sibuk dengan penutupan akaun
  • Sibuk dengan kerja pejabat
  • Sibuk dengan little Laila yang dah not too little
Alhamdulillah, Allah masih memberikan peluang kepada aku untuk hidup sehingga tarikh ini. Rindu nak menunggu panggilan ke Baitullah. Hajat yang masih tertangguh. Insyaallah andai bercukupan akan ku jejakkan kaki ke sana

Kepada semua sahabat dan pembaca, terima kasih di atas doa kalian kepada ku selama ini. Jangan lah jemu untuk mendoakan kesejahteraan sesama kita. Semoga hidup kita hari ini adalah lebih baik daripada semalam

Assalamualaikum....

ASMAK

Wednesday, June 19, 2013

Habuk.....fussssshhhhhh

Assalamulaikum dan selamat pagi,

Perghhhhh blok berabuk. Penangan bertugas sepanjang pertengahan tahun yang sangat laa busy. Sekarang dah ada masa sikit baru boleh tengok blog. Rindunya nak update pasal Laila, diri sendiri dan info-info lain. Nampak gaya nak kena buat midterm review pasal blog update....heheheh

See you soon...

Wednesday, January 16, 2013

WORDLESS...

Bz beeeee beeeee beeeeee beeee

Selamat Tahun Baru

Fuuuuuuuu banyak nya habuk....lama nya tak post dalam blog ni. Rindunya

Selamat Tahun Baru readers

#promise this year akan post lagi dengan konsisten